Persatuan Penduduk Sandaran Permai

Thursday, March 23, 2006

Surat makluman kepada penduduk

23hb Mac 2006.

Semua Penduduk-Penduduk,
Taman Sandaran Permai,
Seksyen U10, Shah Alam,

Tuan/Puan,

PER : MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PENDUDUK TMN. SANDARAN PERMAI BERHUBUNG TINDAKAN YANG AKAN DIAMBIL TERHADAP BUKIT DAN TASEK YANG BERHAMPIRAN DENGAN TAMAN SANDARAN PERMAI.


Perbincangan Pengerusi dan Timb. Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sandaran Permai dengan Y.A.B. Dato’ Seri’ Mohd Khir bin Toyo, Dato’ Menteri Besar Selangor di majlis inventori permasalahan rakyat pada 23hb Mac 2006 adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor telah bersetuju untuk mengambil tindakan terhadap bukit yang telah ditarah dan ditinggalkan tanpa mengikut spesifikasi di sebelah perumahan kita. Beliau telah mencadangkan untuk memotong dan meratakan bukit tersebut serta bersetuju untuk mengekalkan tasek jadian yang ada sebagai kawasan untuk mengelakkan banjir dan mengemas serta mencantikkan kawasan tersebut.

3. Walaubagaimanapun apabila projek tersebut berjalan, maka masalah bunyi bising dan habuk akan dihadapi oleh penduduk-penduduk. Beliau tidak mahu ada sebarang bantahan dari penduduk-penduduk selepas projek tersebut berjalan. Saya berharap semua penduduk-penduduk akan dapat menerima masalah yang akan timbul dan juga menerima kaedah penyelesaian ke atas bukit tersebut. Jika ada penduduk-penduduk yang tidak bersetuju dengan penyelesaian ini maka sila berhubung dengan saya dengan kadar segera. Bantahan akan diterima sehingga 7 hari dari tarikh surat ini.

Sekian untuk makluman.

Yang benar,


ABU SUJAK B. SAHUJI
Pengerusi penaja,
Persatuan Penduduk Taman Sandaran Permai.

Perjumpaan Pengerusi & Timb. Pengerusi dengan MB Selangor

Pengerusi dan Timb Pengerusi telah berjumpa dengan Y.A.B. Dato; Seri Khir bin Toyo, Dato' Menteri Besar Selangor pada 23hb Mac 2006 di Dewan Bankuit Shah Alam.

Kami telah mengemukakan 10 perkara untuk diambil tindakan berhubung dengan permasalahan di Taman Sandaran Permai khasnya dan juga kawasan sekitarnya amnya.

Dalam perbincangan tersebut beliau telah bersetuju untuk menyelesaikan permasalahan
yang timbul

Wednesday, February 08, 2006

Perpindahan Penduduk

Dimaklumkan salah seorang penduduk tetap Sandaran Permai iaitu
En. Samsudin di alamat No 24 Jalan U10/54B telah berpindah ke
Sect. 17 Shah Alam. Beliau merupakan AJK Surau Al-Ikhwan.

Kepada sesiapa yang ingin menyewa rumah beliau (renovated) adalah
dialu-alukan. Sila hubungi Persatuan Penduduk Sandaran Permai kepada
sesiapa yang berminat.

Friday, February 03, 2006

Surau Al-Ikhwan menganjurkan korban

Surau Al-Ikhwan telah menganjurkan majlis korban & aqiqah sempena Hari Raya Idul Adha pada 10hb Jan. 2006 . Sebelum majlis korban diadakan sembahyang sunat hari raya idul adha telah diadakan dan diimamkan oleh Ust. Hajar Opir.







Semua penduduk-penduduk beragama islam telah bersama-sama bergotong-royong menyembeleh dan memasak daging korban/aqiqah. Sebahagian daging korban tersebut juga telah dibahagikan kepada penduduk-penduduk. Jamuan tengahari telah diadakan selepas sembahyang dzohor.



Friday, January 06, 2006

Borang pendaftaran menjadi ahli

Borang pendaftaran menjadi ahli persatuan akan diedarkan minggu hadapan atau minggu ke 3 bulan Januari. Semua penduduk-penduduk diharap dapat menjadi ahli persatuan dengan mengisi borang tersebut dan menyertakan sekeping gambar suami/isteri. Semua borang tersebut perlu diserahkan kepada AJK persatuan penduduk.

Pihak persatuan bercadang untuk membuat directori penduduk supaya kita dapat mengenali jiran kita dengan lebih mudah.

Mesyuarat AJK Persatuan Kali Pertama

Mesyuarat AJK Persatuan Penduduk Sandaran Permai kali 1 telah diadakan di rumah Pengerusi pada 9hb Dis. 2005. Antara agenda perbincangan pada mesyuarat tersebut adalah mengenai pendaftaran persatuan, penubuhan biro-biro dan perlantikan pengerusi biro.

Berikut adalah Pengerusi biro yang telah dilantik
  • Biro Sukan, Rekreasi & Pendidikan - Sdra Eddy Salman b. Abd Rahman
  • Biro Perhubungan, Kesihatan & Alam Sekitar - Sdra Zul Azman b. Yasin
  • Biro Agama - Sdra Shaik Mohd Yusoff b. Shaik Hassan
  • Biro Kebajikan, Sosial & Wanita - Sdri Rosidah bt Hamid
  • Biro Keselamatan & Ekonomi - Sdra Peramkumar a/l V.Sabapathy

Semua penduduk-penduduk adalah dialu-alukan untuk mengaggotai atau menjadi ajk kepada biro-biro seperti diatas untuk membantu menjayakan persatuan kita. Kepada sesiapa yang berminat sila berhubung dengan Pengerusi biro-biro seperti di atas.

Wednesday, January 04, 2006

Senarai Ahli JawatanKuasa

Pengerusi : En. Abu Sujak Sahuji - 10, Jln 56B (019-3692929)
Timb. Pengerusi : En. Adnan b. Abd Kadir - 34, Jln 53
Setiausaha : En. Zulkeflee b. Hj Ibrahim (019-6924166) - 21,jln 56B
Bendahari : En. Razali b. Yaacob (019-2595200) - 8, Jln 53A

AJK

  1. Md. Eddy Salman b. Abdul Rahman - No 13, Jln 53
  2. Peramkumar a/l V.Sabapathy - No 45, Jln 53
  3. Zul Azman b. Yasin - No 46,Jln 53A ( 019-2595200)
  4. Shaikh Mohd Yusof b. Shaikh Hassan - No 5,Jln 55
  5. Pn. Rosidah bt Hamid - No 13, Jln 55
  6. En. Ramle b. Jantan - No 25, Jln 53
  7. Pn Faridah bt Baba - No 25, Jln 53

Pemeriksa Kira-Kira

  1. En. Azman Taib
  2. En. BAdrul Hisham Baharuddin

Penubuhan Persatuan Penduduk Sandaran Permai

Persatuan Penduduk Sandaran Permai telah ditubuhkan pada 11hb November 2005 bersempena dengan majlis sambutan Hari Raya Idil Fitri yang lalu yang dianjurkan bersama dengan Surau Al-Ikhwan, Sandaran Permai. Walaupun hujan telah turun pada hari tersebut, majlis sambutan hari raya yang pertama kali diadakan dapat disambut dengan meriah dan berjaya.

Pihak jawatankuasa pengelola dan AJK Surau Al-Ikhwan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk yang hadir dan juga penduduk-penduduk yang bersama-sama bergotong -royong memasak pada sebelah petang.

Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua penduduk sangat tinggi dan patut mendapat pujian.